Uji kehebatan BM anda...

Apabila saya membuat Tag ini, barulah ku sedari yang BM ku sudah berkarat tapi nasib baik belum berkulat. Jadi inilah hasilnya, tag 2 dalam 1 yang ku terima dari Nessa dan KaDusMama minggu lalu… :)

TAG 1
1. Bekas kekasih saya adalah : bukan suami saya... hahaha
2. Saya sedang mendengar : lagu The Climb nyanyiani Miley Cyrus aka Hannah Montana
3. Mungkin saya patut: minta naik gaji ...
4. Saya suka : membaca buku
5. Sahabat-sahabat baik saya : terdiri daripada orang yang baik-baik…
6. Saya tak paham : bahasa Tamil walau sepatah pun
7. Saya kehilangan : bapa tersayang pada tahun 1995 :(
8. Ramai yang berkata : muka saya mirip mendiang bapa saya.
9. Makna nama saya : saya pun tidak tahu!
10. Cinta itu adalah : indah dan menyakitkan…
11. Di suatu tempat, seseorang sedang : mencari cinta sejati…cewah!
12. Saya akan cuba : bersenam untuk kesihatan dan semestinya untuk menurunkan berat badan
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : hingga hujung nyawa
14. Telefon bimbit saya : sedang tidur, sunyi sepi tiada pemanggil / SMS yang datang…
15. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan tengok anak saya yang sedang tidur di sebelah
16. Saya paling meluat apabila : orang meludah merata-rata. Lebih-lebih lagi di kedai makan, terus hilang selera dibuatnya..uweks!
17. Pesta/Parti adalah : sesuatu yang seronok kalau sekali-sekala disertai…
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : anak anjing jenis Dachshund, dengan badannya yang macam sosej, kakinya yang pendek dan telinganya yang panjang
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : sewaktu remaja
20. Hari ini : saya akan cuba untuk menyiapkan tag ini dan mengeposnya dalam blog..
21. Malam ini saya akan : menonton salah satu rancangan kegemaran ku, House @ AXN.
22. Esok pula saya akan : bangun awal lagi untuk pergi kerja
23. Saya betul-betul inginkan : ubat untuk meghilangkan jerawat-jerawat kecil di muka ku sekarang…
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : ayaks! Kenapa tetiba banyak jerawat kecil-kecil yang tumbuh ni??
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : Semestinya pusat membeli-belah menjadi pujaan…tidak minat arked permainan sebab tidak tahan dengan bunyi bising di sana

26. Makanan Barat atau Jepun : Makanan Barat…
27. Bilik yang terang atau gelap: sekarang ni saya perlukan bilik yang terang sebab sedang bekerja..
28. Makanan segera adalah : makanan pilihan apabila kesuntukan masa.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Tengkiu, ah.. :)


TAG2
1. Apakah perasaan anda sekarang? Bosan dengan kerja.
2. Saya nak makan? Tidak..sudah makan tengahari tadi .
3. Saya tak suka?
Makanan yang bersantan kerana ia membuatkan perutku sakit.
4. Impian saya? Ingin bahagia hingga akhir hayat.
5. Haiwan yang saya tak suka?
Cicak dan semua yang serupa dengannya..
6. Saya harapkan?
Semua orang di dunia boleh hidup harmoni dan tiada lagi peperangan.
7. Jika boleh putarkan masa?
Saya ingin bertemu semula dengan bapa saya untuk mengucapkan sesuatu yang tidak pernah ku ucapkan semasa beliau masih ada.
8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Lebih kurus atau sekurang-kurangnya masih kekal dengan berat badan sekarang..hehehe
9. Handphone saya adalah sebuah? Hadiah dari suami ku.
10. Saya pernah bercinta sebanyak? Malulah nak bagi tau semua orang..
11. Kawan-kawan saya?
Kebanyakkannya sudah berkahwin dan beranak-pinak tapi ada juga yang masih bujang trang-tang-tang…
12. Pernah dikhianati? Pernah, sewaktu zaman persekolahan
13.Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Saya sudah memaafkan perbuatannya tapi masih tidak dapat melupakan kisah itu sampai sekarang
14. Siapa yang anda nak Tag? Kamu! Hehe…sesiapa sahaja yang teringin membuat Tag ini, silalah mencuba!

3 comments:

Wah, wah.. suda buat! Hebat!! *kasi tepukan gemuruh*

Tenkiu ah buat dis tag yang banyak betul soalan dia.. hehe

Tag 2 #13... forgiven but never forgotten :)

*tepuk tangan* Punya laju ko buat nie tag mia..hehehe..

Bah...harap2 ko berjaya kasi turun berat badan ah.. :)

Sia lg blm buat ni tag... half way baru.

Semua pun misti ada mention pasal berat badan! Kakaka..